Tuesday, October 11, 2011

Project 4A : Let the life continue...

Assalamualaikum.. :)

This time, the question required me to make a sculpture model with sustainable theme and in monochrome colour.

Saya telah memilih sarang burung tempua untuk dijadikan konsep rekaan arca kali ini.

Mengapa sarang tempua dijadikan konsep binaan arca saya :
Burung tempua adalah sejenis spesies burung yang membina sarangnya sendiri yang memiliki bentuk yang menarik dan unik.


(image credit to: dodonphotos.blogspot.com)

Namun, sejak beberapa tahun lalu, kegiatan memungut dan menjual sarang burung tempua giat dijalankan sebagai sumber pendapatan. Sarang burung tempua ini dijadikan salah satu hiasan landskap di kediaman dan juga taman-taman.
Aktiviti ini ternyata mengancam populasi tempua sehingga ia diancam kepupusan.
Undang-undang telah membela nasib sang tempua dengan mewujudkan undang-undang yang melarang orang ramai membela mahupun menyimpan sarang burung tempua dan jika disabit kesalahan akan menerima hukuman 5 tahun penjara dan denda RM 500,000.
Akta Pemuliharaan Haiwan Liar 2010 (Akta 716) yang berkuatkuasa pada Disember 2010.

Kisah tempua ini dapat diadaptasikan dalam kehidupan manusia di atas muka Bumi ini.
Kerana tangan manusia sendiri yang rakus mencari keuntungan wang ringgit dan sikap mementingkan diri sendiri, Bumi tempat tinggal kita yang menjadi korban dan akibatnya, manusia sendiri akan merasainya.


My Sculpture

Photobucket

Ini adalah arca saya yang berkonsepkan sarang burung tempua. Reka bentuknya agak berlainan daripada bentuk asal sarang burung tempua kerana saya telah memodifikasikan ia kepada bentuk geometri dan supaya dapat mengajak orang ramai berfikir apabila memandang arca ini.


Seterusnya, pewarnaan arca ini, saya telah menggunakan teknik kolaj dengan menampal cebisan-cebisan kertas berwarna maroon, dark pink and light pink sebagai aturan warna monochorome mengikut syarat yang ditetapkan.

Mengapa warna pink menjadi pilihan?
Warna pink adalah lambang kelembutan, kasih sayang dan cinta.
Warna ini dipilih untuk menerapkan sifat cinta akan tempat tinggal kita.
Jika sang tempua menyayangi sarangnya, manusia perlu menyayangi Bumi.


Cebisan-cebisan kertas berwarna gelap dan semakin cerah di atas melambangkan longgokan manusia yang mampu berubah untuk lebih menyayangi Bumi walaupun secara berperingkat, namun kejayaan perlu diraih.

Tujuan dan lokasi arca:
Arca ini direka bertujuan untuk mengingatkan manusia tentang kisah sang tempua supaya dijadikan iktibar dan perkara yang sama tidak menimpa nasib manusia.
Arca ini sesuai diletakkan di bandar atau di taman-taman rekreasi agar orang ramai dapat melihat dan menghayati serta mendapat iktibar dan berubah demi menyelamatkan Bumi kita.

Sentiasa berusah untuk menjadi lebih baik.
Kegagalan bukan untuk terus dijadikan penghalag, tetapi sebagai semangat untuk terus bangun dan berjuang.
:)

No comments:

Post a Comment